IT-mind |
- Download Free AL-QURAN DIGITAL HP
- 60 tahun masih tidak tahu cara Solat
- Budak mata satu, dah lali
- Jiran nyanyuk nyaris rentung
- Bunuh diri setelah kekasih putuskan hubungan di FB
- Tembak sepupu sebelum bunuh diri gara-gara rebut parking
- Gigit zakar anak hingga putus
- Air mata mengalir atas bumbung IPD
- Lelaki Membaca Al-quran Dalam Koma
- Wanita ditemui tewas ketika cuba mencuri pakaian yang didermakan
- HEBAT | Lelaki ini buat wang palsu hanya menggunakan pena dan dakwat
- Gara-gara bercakap dalam kelas,wajah murid tadika ini dibakar?
- Cara mengemis yang ekstrim pasangan ibu dan anak | Gila
- Skop yang dirancang khusus untuk askar
- Wanita ini sanggup maafkan lelaki yang curahkan asid kemukannya
- Sanggup bertelanjang bantah satu pertandingan
- Polis sahkan mayat rentung adalah Nurul Nadirah
Download Free AL-QURAN DIGITAL HP Posted: 13 Mar 2012 01:24 AM PDT Cara Install Aplikasi Al Quran Digital untuk HP Anda. Aplikasi ini berbasis Java dengan format file .jar bisa berjalan di semua HP Java. Mungkin sebagian dari anda, kerabat atau keluarga anda jarang menggunakan komputer baik ditempat kerja atau dirumah, tapi saya yakin semua orang saat ini pasti sudah menggunakan handphone untuk aktifitas sehari-hari, oleh karena itu agar HP anda, kerabat atau keluarga anda lebih bermanfaat, mempunyai fungsi/manfaat lebih, dan membawa berkah maka sebaiknya anda Install Aplikasi Al Quran Digital ini untuk HP Anda. Kemampuan & kelebihan Aplikasi "Al Quran Digital untuk HP Anda" ini sangat banyak antara lain: 1. Menampilkan ayat-ayat Al Quran dalam tulisan Arab 2. Disediakan indeks untuk mempermudah mencari nama Surat 3. Bisa bookmark atau save ayat terakhir yg kita baca 4. Membuka save ayat terakhir yg kita baca sehingga bisa kita lanjutkan 5. Tidak memakan banyak memori HP kapasitas kecil hanya 350kb atau 0.35mb 6. Bisa tetap baca Alquran walaupun lampu rumah sedang mati 7. Dll. Silahkan Download Aplikasi Al Quran Digital klik disini -|--Download--|- atau anda boleh Install juga Al Quran Digital + Terjemahan klik disini -|--Download--|- Semoga software ini dapat meningkatkan kecintaan dan pemahaman kita terhadap kitab suci Al Quran dan menjadikan kita sebagai manusia yang selalu beriman dan bertaqwa kepada sang pencipta kita. source:saputramz.com |
60 tahun masih tidak tahu cara Solat Posted: 12 Mar 2012 08:42 PM PDT KAJANG: Siapa sangka pada usia 60 tahun ada warga emas yang masih tidak tahu mengerjakan solat akibat terlalu leka dengan kehidupan dunia. Itu antara pengalaman yang dilalui Pegawai Penjara, Zuriani Mamat, 37, atau lebih mesra disapa cikgu di kalangan penghuni penjara di situ. "Saya tidak pernah bermimpi bakal bergelar cikgu di sini. Pada awalnya, saya hanya diminta memberikan sedikit ilmu agama kepada pesalah maklumlah diri sendiri pun masih kurang ilmu. "Terfikir juga apa yang patut diajar sebab pada saya semuanya mereka sudah tahu. Di sini saya hanya mengajar perkara asas saja misalnya cara mengambil wuduk, solat, bacaan dalam solat, zikir dan lain-lain," katanya yang sembilan tahun berkhidmat di penjara itu. Pun begitu, sangkaan Zuriani meleset sama sekali apabila menemui seorang banduan warga emas berusia 60 tahun yang tidak tahu bacaan dalam solat. Waktu itu, hati kecilnya berasa sedih kerana pada usia begitu sepatutnya warga emas berkenaan tidak patut memberi alasan sedemikian. "Saya tanya semula dengan warga emas berkenaan, adakah dia berkata benar atau hanya bergurau kerana mustahil tidak tahu bacaan dalam solat sebab jika tidak tahu bagaimana solat dia selama ini. "Lalu warga emas berkenaan menjawab jujur dan mengakui dia sudah lama meninggalkan solat hingga lupa apa yang perlu dibaca. Sambil menangis dia meminta saya mengajarnya semula," katanya. Selain itu, Zuriani berkata, ada juga pengalaman manis apabila beberapa banduan bukan Islam dari Filipina, India dan China mendapat hidayah di penjara itu. Katanya, meskipun menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus memberi tunjuk ajar kepada mereka. "Paling penting adalah sifat sabar kerana apabila berhadapan dengan banduan, setiap daripada mereka akan ada karakter yang berbeza serta perlu mainan psikologi yang tinggi. Adakala bukan semua boleh terima apa yang diajar. "Kita pula tidak boleh terlalu tekan kerana khuatir akan terjadi perkara tidak diingini. Biasanya banduan tempatan masih boleh dikawal berbanding banduan asing yang selalu ikut perangai sendiri," katanya yang mengajar segmen Halaqah di sini. Beliau berkata, setiap modul yang diajar dikeluarkan Jabatan Penjara sendiri dan setiap sesi pembelajaran mengandungi 50 banduan. Katanya, antara yang diajar adalah konsep 3T iaitu Talaqi, Tadarus dan Tahfiz yang diadakan setiap Selasa, Rabu dan Jumaat. Waktu pembelajaran pula mengikut syif iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 3 hingga 4.30 petang. Selain Zuriani, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama memberi ceramah kepada banduan berkenaan. Berbeza dengan Marzuraliana Mohd Ngimran, 31, yang tugasnya lebih kepada menjaga dan mengawasi blok, tempoh 11 tahun mengabadikan diri di Penjara Wanita Kajang memberi peluang kepadanya mengenal dan mengetahui pelbagai gelagat banduan tempatan mahupun luar negara. Bercerita mengenai pengalaman pastinya terlalu banyak, namun yang paling meninggalkan kesan buat dirinya apabila banduan diserang histeria. "Kejadian ini berlaku penghujung tahun lalu. Tidak tahu punca sebenar kerana kejadian ini berlaku secara tiba-tiba dan membabitkan semua banduan di blok Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP). "Waktu itu keadaan sangat kelam-kabut hinggakan terpaksa memanggil ustaz bagi menenangkan keadaan. Kejadian itu juga memerlukan kami sentiasa siap sedia dalam tempoh 24 jam selain cuti dibekukan," katanya yang baru ditugaskan ke unit itu. Marzuraliana berkata, paling penting dalam tugas mereka adalah kerja berkumpulan kerana ia lebih melancarkan setiap tugas yang diberikan. "Kami di sini sudah menjadi satu keluarga dan akan menolong antara satu sama lain. Bukan mudah mahu mengawal dan membuat banduan ikut apa yang diarahkan kerana masing-masing ada perangai sendiri," katanya. sumber : myMetro |
Posted: 12 Mar 2012 08:41 PM PDT MARAN: "Budak mata satu dan hantu. Itulah gelaran yang sering diberikan beberapa kanak-kanak terhadap saya. Memang sedih tetapi apa boleh saya buat? "Tidak cukup gelaran sedemikian, ada juga lari lintang-pukang sebaik melihat saya kerana takut," kata Ahmad Shauqiey Ayub, 10, yang hanya memiliki sebiji mata selepas mata kirinya terpaksa dibuang gara-gara kanser. Anak bongsu daripada tiga beradik itu yang mula dikesan menghidap kanser mata ketika berusia dua tahun, terpaksa menjalani pembedahan membuang biji mata sebelah kiri bagi mengelak penyakit itu berjangkit dan pembedahan itu dilakukan sepasukan pakar mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2005. Sejak itu, katanya, hidupnya berubah sama sekali dan pernah terjadi, semua kanak-kanak yang bermain di padang permainan berhampiran rumahnya lari lintang-pukang selain ramai menangis ketakutan apabila dia datang untuk bermain bersama. Ahmad Shauqiey sedar dirinya tidak begitu disenangi dan sejak kejadian itu, dia seolah-olah patah hati dan tidak lagi berminat bermain di padang permainan bagi mengelak episod sama berulang selain tidak mahu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jiran di Kampung Berkat, Maran. "Saya banyak menghabiskan masa di rumah bermain dengan adik-beradik saja atau dengan beberapa rakan karib di rumah mereka. Saya tiada ramai kawan," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Maran itu. Di sekolahnya, Ahmad Shauqiey boleh bergaul dengan semua rakannya ketika di kantin atau menjalani aktiviti kokurikulum tetapi seboleh-bolehnya, dia akan mengelak bertemu pelajar tahun satu atau dua kerana ramai takut melihat wajahnya. "Kini selepas lapan tahun kehilangan sebelah mata, saya sudah lali dengan kecacatan dialami dan saya tidak lagi malu berkunjung ke pasar raya dan pusat beli-belah bersama keluarga. "Saya tidak menghadapi masalah penglihatan walaupun memiliki hanya sebelah mata. Saya boleh bermain guli dan komputer setiap hari," katanya yang lebih manja dengan panggilan adik. Bapa Ahmad Shauqiey, Ayub Basri, 44, berkata, walaupun anaknya hanya mempunyai sebelah mata, dia tetap aktif sama seperti kanak-kanak seusia dengannya. Menurutnya, selain memiliki kemahiran bermain guli, Ahmad Shauqiey juga cekap menggunakan komputer termasuk memandu motosikal serta All Terrain Vehicle (ATV). "Ada kalanya saya tersenyum sendiri apabila teringat ramai kanak-kanak akan lari dan menangis ketakutan apabila melihatnya. Malah, ada juga yang tidak sanggup bermain dengannya. "Walaupun hanya mempunyai sebelah mata, dia tetap sama dengan kanak-kanak lain yang sukakan kebebasan, bermain, melancong dan bersekolah," katanya yang bersyukur isterinya, Masliza Abdul Jalil, 44, tetap tabah menghadapi dugaan hidup itu. Ayub berkata, sebelum menjalani pembedahan, anaknya terpaksa menjalani rawatan kimoterapi tiga kali termasuk 25 kali radioterapi dalam tempoh lebih setahun dirawat di HKL. sumber : myMetro |
Posted: 12 Mar 2012 08:39 PM PDT KUALA TERENGGANU: Seorang bapa kepada tiga anak sanggup menggadai nyawanya dengan meredah api bagi menyelamatkan seorang warga emas berusia 70-an yang cuba memasuki kediaman berkenaan dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Maras, Wakaf Tengah, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Che Fauzi Ibrahim, 39, yang bekerja sebagai pendawai elektrik kerugian hampir RM40,000 apabila kediaman yang disewanya sejak 10 tahun lalu musnah dijilat api. Menurut Che Fauzi, kejadian berlaku ketika dia bersama tiga anaknya berusia antara tiga hingga 11 tahun berada dalam bilik, manakala isterinya, Jamidah Ismail, 37, yang hamil anak keempat menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Rakit. "Saya dengar suara jiran dikenali sebagai Tok Itam menjerit. Pada mulanya, saya tidak mengendahkan jeritan itu memandangkan wanita berkenaan selalu berbuat demikian apatah lagi dia nyanyuk. "Bagaimanapun, saya mula mengesyaki sesuatu apabila dia berterusan menjerit dan terkejut sebaik melihat bahagian belakang rumah terbakar. "Saya segera menyelamatkan tiga anak dan Tok Itam sebelum mengalihkan sebuah van milik syarikat dan kereta daripada terbakar. "Bagaimanapun, keadaan sedikit kelam-kabut apabila Tok Itam masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar menyebabkan saya meredah api menyelamatkannya," katanya. Sementara itu, warga emas yang juga pemilik rumah berkenaan, Munah Mohd Amin, 72, berkata, dia tidak berada di rumah ketika kejadian dan bergegas pulang sebaik dimaklumkan kebakaran berkenaan. "Walaupun tidak sempat menyelamatkan barang dalam rumah termasuk wang RM1,000, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya yang kini menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Rozizah Abnihajar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.34 pagi sebelum dua jentera dengan kekuatan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian sumber : myMetro |
Bunuh diri setelah kekasih putuskan hubungan di FB Posted: 12 Mar 2012 08:38 PM PDT JAKARTA: Seorang wanita berusia 25 tahun nekad membunuh diri apabila teman lelakinya memutuskan hubungan mereka melalui Facebook. Ame, yang bekerja di sebuah butik pakaian di pusat beli-belah di Batam, ditemui tergantung di tingkat dua di rumah penyelianya di kompleks kediaman di Taman Kota Baloi, malam kelmarin. Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Penyelianya, Suwinto, berkata, hubungan Ame dan kekasihnya Adian, putus, selepas beberapa bulan bercinta. Adian yang tinggal di Pekan Baru menghantar mesej memutuskan hubungan mereka di Facebook. - Jakarta Post sumber : myMetro |
Tembak sepupu sebelum bunuh diri gara-gara rebut parking Posted: 12 Mar 2012 08:35 PM PDT MANILA: Kerana bergaduh mengenai tempat letak kereta, seorang lelaki menembak mati sepupunya sebelum membunuh dirinya, di bandar Mandaluyong, malam kelmarin. Eduardo Bassig, 52, meninggal dunia dua jam selepas dia menembak mati sepupunya, Noel Inocentes, seorang pesara jurutera, 55, pada jam 11 malam. Dia meninggal dunia di Pusat Perubatan Mandaluyong. Inocentes pula diisytiharkan mati keetika tiba di Pusat Perubatan Cardinal Santos akibat 11 tembakan. Pegawai Penyiasat 2, Jesus Busadre berkata, kedua-dua mereka berjiran di sebuah kawasan di Jalan A. Luna di Kampung Barangay Pablacion, di bandar Mandaluyong. Mereka berdua sudah beberapa tahun bermusuhan disebabkan harta pusaka, katanya. - Manila Post sumber : myMetro |
Posted: 12 Mar 2012 08:33 PM PDT BEIJING: Orang ramai terkejut apabila seorang bapa menggigit hingga putus zakar anaknya yang baru berusia enam tahun sebelum memuntahkannya di tepi jalan, semalam. Saksi berkata, lelaki berusia 32 tahun itu berjalan bersama mangsa yang berbogel serta adik perempuannya yang berusia empat tahun. Pada satu ketika, kata saksi, si bapa mengarahkan budak lelaki itu menjilat kemaluannya tetapi dia enggan, menyebabkan dia berang. "Lelaki itu membaham kemaluan anak lelakinya dan menggigit zakar mangsa," katanya. Akhbar City Post semalam menyiarkan gambar mangsa terbaring di hospital di Shenzhen, wilayah Guangdong dengan bahagian sulitnya berbalut. Media melaporkan, doktor gagal menyambung kemaluan mangsa, tetapi terlalu awal menjangkakan bagaimana keadaannya selepas ini. Polis percaya lelaki terbabit mengalami penyakit mental. Selain kerap berjudi, dia juga didapati menanggung hutang yang banyak selepas bisnesnya gagal. - TS sumber : myMetro |
Air mata mengalir atas bumbung IPD Posted: 12 Mar 2012 08:31 PM PDT ALOR SETAR – Seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila dia cuba terjun dari tingkat empat bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini sebelum dapat diselamatkan setelah dipujuk selama tiga jam kelmarin. ![]() Warga IPD dan orang ramai yang ternampak perbuatan lelaki itu terkejut menyebabkan suasana di balai polis tersebut bertukar kecoh. Difahamkan, kelindan lori yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak tersebut datang dari Kluang, Johor ke negeri ini untuk menjalani kehidupan baharu dengan mencari pekerjaan lain. Jarak di antara dua tempat itu kira-kira 704 kilometer. sumber : kosmo online |
Lelaki Membaca Al-quran Dalam Koma Posted: 12 Mar 2012 08:29 PM PDT ![]() Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan " apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti ". Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti. Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin. |
Wanita ditemui tewas ketika cuba mencuri pakaian yang didermakan Posted: 12 Mar 2012 08:25 PM PDT ![]() Perbuatan Melissa Mazzeo, wanita berusia 51 tahun dari New York ini memang sungguh keterlaluan. Boks tempat derma pakaian untuk orang tidak mampu malah ingin ia jadikan sebagai dispenser pakaian percuma. Untung saja usaha keji itu tak berhasil, tapi ia tetap harus membayar harga yang sangat mahal dari perbuatannya tersebut. Tubuhnya ditemukan dalam keadaan tersepit di lubang tempat memasukan pakaian. Kepalanya berada di bahagian luar boks, sedangkan sebahagian tubuhnya berada di dalam boks. Diduga pintu penutup boks tiba-tiba tertutup ketika ia berusaha keluar dari dalam boks. Pintu itu menyepit kepalanya hingga ia tewas kerana diduga kesulitan bernafas. Kejadian ini terjadi di Victory Boulevard dekat Clove Road, New York. sumber: myfoxhouston |
HEBAT | Lelaki ini buat wang palsu hanya menggunakan pena dan dakwat Posted: 12 Mar 2012 07:42 AM PDT ![]() Emanuel Ninger tinggal bersama isteri dan anaknya di pedesaan New Jersey. Ia dan isterinya tiba di Amerika pada tahun 1882 dari Jerman dan tinggal di Hoboken, New Jersey. Dia bekerja sebagai pelukis tanda (sign painter) dan kemudian membeli sebuah peternakan di Westfield, New Jersey. Dia mengatakan kepada tetangganya bahawa ia menerima pencen dari tentara Prusia. Pada tanggal 12 Oktober 1892 ia pindah ke Flagtown, New Jersey. Setiap bulan ia memalsukan wang kertas dollar Amerika pecahan $50 setidaknya satu atau paling sebanyak enam lembar, seluruhnya ia kerjakan dengan mata dan menggunakan pena, pensil, serta berus dengan dakwat berwarna. Ninger melukis wang palsunya pada kertas Bond yang dibelinya dari Crane & Company, di Dalton, Massachusetts. Kemudian kertas-kertas tersebut ia potong sesuai ukuran yang sama dengan pecahan $ 50 dan $ 100 Amerika Syarikat, kemudian potongan kertas itu direndam dalam larutan kopi , dan selanjutnya ditempatkan diatas wang kertas asli untuk menciplak gambar yang dihasilkan. Gambar wang yang asli : ![]() Wang palsu hasil ciptaan Emanuel Ninger ini mampu membuat dia bertahan hidup kerana kalau diukur present value of money berdasarkan nilai wang sekarang adalah di sekitar $ 2000 atau $ 4000 dolar di hari ini. Seperti kata pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat pasti akan jatuh juga. Ia ditangkap oleh Agen Rahsia Negara Amerika Syarikat pada tahun 1896 atas laporan seorang bartender yang menyedari bahawa dakwat untuk pewarnaan wang itu tidak asli, kerana Ninger dengan tidak sengaja meletakan wang tersebut pada genangan kecil air di mejanya sehingga dakwat-nya luntur. Pada awalnya orang agen rahsia tidak percaya Ninger adalah pemalsu, kerana profilnya sebagai seorang petani tidak sesuai dengan profil pemalsu. Bahkan setelah dia mengaku, mereka terus menolak untuk percaya. ![]() Ninger menjadi selebriti kecil untuk waktu.Surat kahbar sesekali menulis tentang "pena dan pemalsu tinta" mereka menjuluki Emanuel Ninger sebagai "Jim Penman itu" seperti karakter yang dimainkan di Broadway. Bahkan Bartender memberi bingkai pada bill tagihan Ninger dan menggantungnya pada dinding Bar mereka. Setelah menjalani hukumannya Ninger dikhabarkan menghilang dan diperkirakan tidak lagi "berkarya", akan tetapi diakui bahwa komunit seni menginginkan dia untuk bertahan dan berharap lebih banyak wang palsu hasil karya nya untuk ditemukan Tapi hal tersebut Tidak pernah ada. |
Gara-gara bercakap dalam kelas,wajah murid tadika ini dibakar? Posted: 12 Mar 2012 07:40 AM PDT SINGAPURA - Seorang guru taman kanak-kanak (TK) di Singapura ditahan oleh pihak polis setempat setelah membakar wajah muridnya, hanya kerana mereka bercakap di dalam kelas. Ketujuh murid yang menjadi korban tersebut menderita luka terbakar pada wajah mereka. Guru perempuan yang bernama Yi ini, mungkin saja akan membakar wajah lebih banyak muridnya jika perbuatannya tidak dicegah oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui ruang kelas. Yi juga mengancam muridnya untuk tidak memberitahukan kejadian tersebut kepada orang tua mereka. Guru yang masih lbelum berkahwin tersebut menyuruh anak muridnya untuk mengatakan, luka pada wajah mereka diakibatkan krrana mereka jatuh di dalam toilet. Demikian dilaporkan China Daily. Cheng Sixia, seorang orang ibu kepada murid yang melihat pipi anaknya terbakar, merasa curiga atas penjelasan guru berusia 30 tahun tersebut. Yi mengaku kepada orang tua murid itu, anaknya yang berusia enam tahun terjatuh di toilet kerana lantai toilet itu licin. ![]() Setelah bertanya ke murid lain, Chui mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada anaknya. Dia akhirnya mengetahui wajah anak dibakar dengan bantal yang telah di seterika. Yi mengaku dirinya hanya ingin menakuti anak muridnya dengan bantal itu. Namun ia tidak menyedari benda itu amat panas ketika gunakan kepada muridnya. Yi pun kini telah ditahan pihak polis. Dia dipenjara selama 10 hari oleh polis Singapura.-vivanews.com |
Cara mengemis yang ekstrim pasangan ibu dan anak | Gila Posted: 12 Mar 2012 07:38 AM PDT Cara mengemis pasangan ibu dan anak ini di China ini memang boleh dikatakan cukup ekstrim. Ketika sang ibu berbaring di tanah dan pura-pura mati, sang anak lalu beraksi seakan-akan ibunya itu telah tiada untuk menarik simpati pejalan kaki yang lalu lalang. ![]() Tubuh Ibu itu terbaring tak bergerak di sebuah lokasi pedestrian. Sebuah kain berwarna merah menyelimuti 'jasad'nya dari leher hingga kaki. Di sampingnya, para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis sejadi-jadinya. Anak itu bahkan memletakkan kepalanya ke lantai dan meminta sumbangan ke orang yang sedang melalui di tempat itu. Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, China, itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang petugas keamanan mendatangi lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya. Kemiskinan tampaknya telah membuat sebahagian orang menjadi cukup kreatif... Namun sayangnya tak ramai daripada mereka yang mampu mengaplikasikan kelebihan mereka itu di jalan yang sepatutnya.-idbite.com sumber: asiaone foto: stomp.com.sg |
Skop yang dirancang khusus untuk askar Posted: 12 Mar 2012 06:44 AM PDT VIVAnews - Jika biasanya tentera menggunakan pisau lipat khusus sebagai alat serbaguna ketika berada di lapangan, hal itu ternyata tidak berlaku bagi tentara Negara, China. Tentera dari negara yang memiliki anggaran pertahanan terbesar kedua di dunia ini memilih menggunakan sebuah skop sebagai alat serbaguna pengganti Swiss-army knife. Selain sebagai alat standard untuk menggali tanah, tentera China mampu menggunakan skop sebagai alat untuk memotong buah bahkan memasak bahan makanan. Kemampuan skop ini boleh dilakukan kerana sisi dari skop telah ditajamkan. Skop yang dirancang khusus ini juga memiliki fungsi untuk memotong kabel bahkan dawai ukuran tebal sekalipun. Tentera China sangat terlatih juga menggunakan skop untuk memotong besi, kayu, dan batang pohon. Tidak salah juga jika selama ini China terkenal memiliki sejumlah petarung yang pandai bertarung. Sebab, tentara China biasa menggunakan skop untuk mengaitkan tali, sehingga boleh memanjat sebuah tembok. |
Wanita ini sanggup maafkan lelaki yang curahkan asid kemukannya Posted: 12 Mar 2012 05:43 AM PDT TEHRAN: Seorang pemuda Iran terlepas daripada hukuman matanya dibutakan selepas perbuatannya mencurah asid ke muka pelajar wanita diampunkan mangsa, semalam, lapor laman web televisyen kerajaan. "Oleh kerana mangsa serangan asid, Ameneh Bahrami, mengemukakan permohonan, Majid Movahedi yang dijatuhkan hukuman qisas (balasan setimpal dengan perbuatan) diampunkan pada saat akhir selepas mangsa memutuskan untuk memaafkannya," menurut laporan itu. Majid dijatuhkan hukuman dibutakan matanya pada 2009 selepas didapati bersalah melemparkan asid ke muka rakan sekuliah di universitinya, Ameneh. Majid bertindak melampaui batas selepas Ameneh berulang kali menolak lamarannya untuk mendirikan rumah tangga bersama. Pada pertengahan Mei lalu, mahkamah mengarahkan hukuman membutakan Majid ditangguhkan tanpa sebarang alasan rasmi diberikan kepada umum. Ameneh memberitahu agensi berita ISNA yang beliau mengampunkan penyerangnya kerana 'Allah bercakap mengenai qisas dalam al- Quran tetapi Dia juga menyarankan pengampunan' dan tindakan itu lebih mulia berbanding qisas. "Saya bertungkus lumus selama tujuh tahun untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa orang yang mencurah asid perlu dihukum menerusi qisas, tetapi hari ini saya mengampunkan Majid kerana ini adalah hak saya. "Saya lakukan ini kerana negara saya, kerana negara lain melihat apa yang kami lakukan," tambahnya. – AFPv |
Sanggup bertelanjang bantah satu pertandingan Posted: 12 Mar 2012 05:40 AM PDT KIEV – Sekelompok aktivis yang terdiri dari sembilan wanita di Kiev, Ukraine, melakukan protes dengan bertelanjang dada untuk menentang pertandingan mendapatkan seorang isteri. ![]() The Rock FM membuat sebuah pertandingan untuk memenangkan hadiah percutian ke Ukraine selama 12 malam dan berkesempatan memilih seorang wanita cantik dari sebuah agen sebagai pasangan bercuti dan bahkan dapat dijadikan pasangan hidup. Sembilan wanita tersebut rela menggelar aksinya dalam cuaca dingin di luar pejabat pendaftaran pernikahan Kiev, seperti dilansir Orange, Jumat (4/3/2011). The Rock Fm, telah mengumumkanpertandingan tersebut dimenangkan oleh Greg, seorang pembuat minuman. Pertandingan ini juga menyebabkan kontroversi di New Zealand namun radio penyelenggara menjelaskan bahawa hal ini hanya untuk acara hiburan semata. "Pada akhirnya nanti, keputusan sepenuhnya ada di tangan pemenang dan wanita pilihannya, apakah benar-benar akan dinikahi atau tidak." jelas Direktur Program radio The Rock FM, Brad King. Para wanita yang menggelar protes di Kiev adalah anggota kelompok, Femen, yang sasaran target kempen terhadap perempuan Ukraine oleh lembaga internasional yang mengatur wisata seks. Sumber : http://www.okezone.com |
Polis sahkan mayat rentung adalah Nurul Nadirah Posted: 12 Mar 2012 05:02 AM PDT ![]() Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini. "Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi. sumber : sinar harian |
You are subscribed to email updates from Lappy Zones To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
{ 0 comments... Views All / Send Comment! }
Post a Comment