IT-mind

Bookmark and Share

IT-mind


Hampir maut kena petir

Posted: 10 Mar 2012 09:24 PM PST


CHANGLUN: Seorang penoreh getah bernasib baik apabila tidak cedera apabila tikar getah dalam biliknya terkena panahan petir dalam kejadian ribut di Kampung Masjid, dekat sini.
Kejadian berlaku jam 7.30 malam Rabu lalu ketika warga emas, Ismail Had, 63, mengambil wuduk dalam bilik air apabila rumahnya tiba-tiba bergelap selepas bunyi dentuman guruh.

Ismail berkata, dia bersama isterinya, Rafeah Alang, 58, yang mahu mendirikan solat Maghrib terkejut tetapi tidak memikirkan apa-apa kejadian buruk selepas mendengar bunyi guruh.
Menurutnya, anaknya yang tidur terjaga kerana terkejut mendengar guruh kuat, manakala dua cucunya yang makan di dapur terus menekup muka ketakutan sejurus bekalan elektrik dalam rumah terputus.

"Bagaimanapun, saya hanya menyedari ada kesan terbakar pada tikar getah ini keesokan hari (Khamis) memandangkan pada hari kejadian, rumah saya tidak mendapat sumber elektrik kerana bekalan terputus.

"Rumah ini nyaris terbakar apabila petir menyambar bahagian bilik hingga menyebabkan rekahan dan tikar getah juga terbakar," katanya.


Kelantan kurang memuaskan: Bojan Hodak

Posted: 10 Mar 2012 09:19 PM PST


KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya ketika bertemu Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam.
Jurulatih dari Croatia itu berkata walaupun menang 3-2, aksi yang ditunjukkan pemain Kelantan gagal memikat hatinya berikutan pertahanan yang lemah disebabkan kurang konsentrasi. 
"Kita melalui minggu yang sukar apabila terpaksa menghadapi tiga perlawanan dalam masa enam hari dan kamu boleh lihat pemain sedikit letih. Saya gembira kita tetap menang.

"Bagaimanapun, saya tidak gembira dengan pertahanan malam ini kerana ada beberapa situasi mereka perlu bertindak lebih baik. Sepatutnya kita menang 3-1 malam ini, tapi pada minit terakhir ia menjadi 3-2 disebabkan kurang konsentrasi, dan kita perlu perbaikinya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.

Gol Kelantan dijaringkan Norfarhan Mohamad (minit ke-30), Indra Putra Mahyuddin (min 43) dan ketua pasukan, Mohd Badri Radzi (min 65).

Jaringan Kuala Lumpur pula dihasilkan Muhd Afiq Azmi (min 39) dan Fazuan Abdullah pada minit akhir perlawanan.

Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Mohamed Razip Ismail berkata barisan pemainnya memberi tentangan hebat dalam perlawanan itu namun masih buntu untuk menjaringkan gol walaupun berjaya menembusi pertahanan Kelantan.

Menurutnya, mereka memberi banyak peluang kepada penyerang Kelantan untuk menjaringkan gol. - BERNAMA


kemalangan di Lebuh Raya Utara-Setatan dekat Parit Buntar

Posted: 10 Mar 2012 09:17 PM PST


IPOH: Dua terbunuh, manakala sepuluh cedera apabila dua kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam kemalangan di Km 181. 5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Parit Buntar hari ini.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, dua penumpang dalam kenderaan yang sama, yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan, mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat. 
Sepuluh lagi penumpung kedua-dua buah kenderaan termasuk seorang pemandu salah sebuah kenderaan itu cedera dan dirawat di hospital yang sama, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.10 pagi apabila kereta jenis Toyota Estima yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Selatan ke Utara.

Katanya identiti mangsa yang meninggal dunia dan yang masih dirawat masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat. - BERNAMA


Tempoh genting MU

Posted: 10 Mar 2012 09:14 PM PST


MANCHESTER: Sir Alex Ferguson yakin kunjungan West Brom ke Manchester United memulakan detik penting dalam cubaannya mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.
United tumpas 2-3 kepada Athletic Bilbao pada perlawanan pertama pusingan ketiga Liga Europa di laman sendiri malam Khamis lalu.

Namun prestasi dalam Liga Perdana Inggeris makin memuncak sejak tewas kepada Newcastle, 0-3 pada 4 Januari lalu.
Mereka hanya tercicir dua mata, bangkit dari ketinggalan tiga gol untuk meraih seri 3-3 dengan Chelsea dalam tujuh perlawanan terakhir.

Selepas West Brom, United turun menentang Wolves, Fulham, Blackburn, QPR, Wigan dan Aston Villa sebelum pertemuan terpenting berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada 30 April.

Ferguson mengaku kunjungan ke Tottenham minggu lalu yang menghasilkan kemenangan 3-1, penting dalam memulakan fasa berikutnya dan jika mengumpul mata maksimum daripada tujuh perlawanan berikutnya, pastinya akan memberi tekanan terhadap City.
Pengurus United yang menyaksikan pasukannya menang 10 daripada 13 perlawanan di tempat sendiri musim ini mengaku defisit sebelum kunjungan ke Atletic minggu depan menyebabkan mereka merehatkan beberapa pemain untuk menentang West Brom.

Namun beliau terdesak memburu kemenangan untuk terus mencabar City yang kini memiliki kelebihan dua mata dan berkunjung ke Swansea hari ini.
"Pemain sedar cabaran di sana dan kami berpeluang untuk terus meningkat selepas menewaskan Spurs dan berharap melakukannya.

"Saya akan membuat beberapa pertukaran. Paul Scholes boleh bermain, begitu juga Nani dan Rio Ferdinand.

"West Brom kini makin bagus tapi kami berada di laman sendiri dan berharap menang di sini serta melupakan keputusan Khamis lalu," katanya. - AFP


Komander PRC terbunuh

Posted: 10 Mar 2012 09:10 PM PST


GAZA CITY: Israel melancarkan satu serangan udara di Gaza menyebabkan komander kumpulan militan Zuhair al-Qaisisi, terbunuh.
Zuhair adalah komander yang bertanggungjawab menculik seorang anggota tentera Israel, Gilad Schalit, selama lebih lima tahun dan berjaya membuat pertukaran dengan lebih 1,000 tahanan Palestin.
Serangan yang dilakukan tengah hari kelmarin merupakan serangan paling buruk ke atas Gaza dalam beberapa bulan dan sekali gus menyebabkan keganasan semakin memuncak.

Beberapa kumpulan militan Palestin melancarkan serangan roket, menyebabkan Israel mengeluarkan amaran supaya penduduknya tidak keluar rumah.

Tentera Israel membalas dengan melancarkan serangan ke arah Gaza.

Kira-kira 12 anggota militan Palestin terbunuh akibat serangan udara itu, manakala seorang penduduk Israel cederah parah terkena roket yang dilancarkan oleh militan Palestin.

Tentera Israel berkata, pada asalnya mereka mensasarkan Zuhair, komander sayap kanan Jawatankuasa Penentang Popular (PRC), satu kumpulan militan besar yang selari dengan pemerintah Hamas.

Letupan itu memusnahkan kereta sedan biru yang dinaiki oleh Zuhair dan turut membunuh menantu lelakinya Mahmoud Hanini, juga seorang pemimpin tertinggi PRC.

Seorang anggota militan turut terbunuh.

Beberapa jam kemudian, tentera Israel membunuh dua anggota militan yang dikatakan cuba melancarkan roket.

Selepas tengah malam, pegawai Palestin berkata, lima lagi terbunuh di sekitar bandar Gaza.

Saksi berkata, dron Israel dilihat berlegar beberapa minit sebelum kereta Zuhair meletup dan terbakar.

Mereka berkata, letupan itu sungguh kuat hingga menyebabkan kepala Zuhair terputus.

Tentera Israel berkata, Zuhair sedang merancang serangan ke atas Israel seperti yang pernah dirancang Ogos lalu, dari Semenanjung Sinai yang membunuh lapan anggota tentera Israel dan mencederakan 40 yang lain.

Kumpulan sayap kanan PRC pula dikatakan bertanggungjawab dalam beberapa serangan maut ke atas Israel sejak beberapa tahun lalu dan anggotanya adalah yang paling aktif melancarkan roket dari Gaza ke Israel.

Zuhair juga dikatakan bertanggungjawab memindahkan dana dari kumpulan militan Lubnan, Hezbollah, ke kumpulan militan lain di Gaza.

Tetapi kumpulan itu lebih dikenali kerana menculik Schalit pada 2006 dan menawannya selama lebih lima tahun sehinggalah dia dibebaskan atas pertukaran tahanan terbesar, tahun lalu.

Israel bersetuju membebaskan 1,027 tahanan Palestin untuk ditukar dengan Schalit dan merupakan pertukaran berat sebelah paling besar dalam sejarah itu.

Beberapa ratus tahanan yang dibebaskan itu berikrar akan meneruskan serangan ke atas Israel. - AP


Anak lelaki lenyap di laman rumah

Posted: 10 Mar 2012 09:09 PM PST


PETALING JAYA: Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang, kelmarin, 11 hari selepas kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang disyaki diculik selepas keluar ke kedai berhampiran rumahnya di Johor Bahru masih belum dapat dikesan.
Mangsa terbaru, Wan Hazim Mohd Khaidir, 7, murid tahun satu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat bermain sendirian di halaman rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, petang kelmarin.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan menonton televisyen di ruang tamu rumahnya jam 12.30 tengah hari sebelum ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof bersama adik bongsunya keluar untuk ke kedai milik mereka di Shah Alam.
Menurut Wan Nor Azma, 33, yang juga peniaga barangan kemas, ketika keluar rumah, Hazim baru selesai makan tengah hari sebelum menonton televisyen, manakala anak sulungnya yang berusia lapan tahun pula di tingkat atas rumah mereka bersama pembantu rumah.

"Sebelum keluar ke kedai kami, saya menutup rapat pintu rumah tapi tidak menguncinya kerana percaya Hazim tidak akan keluar rumah bersendirian, tambahan pula pembantu rumah juga ada di rumah.

"Menurut pembantu rumah, dia turun ke tingkat bawah jam 1 tengah hari tapi tidak melihat Hazim di ruang tamu, menyebabkan dia beranggapan anak kedua saya mengikut saya ke kedai," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Katanya, kehilangan Hazim hanya disedari apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang selepas ditanya pembantu rumahnya.

Wan Nor Azma berkata, terperanjat dengan pertanyaan pembantu rumahnya, dia terus menghubungi suaminya, Mohd Khaidir Hassan sebelum mereka mencari di sekitar kawasan perumahan itu, selain bertanya jiran.
"Mungkin Hazim membuka pintu dan keluar bersendirian selepas menyedari tiada orang di rumah. Saya buntu memikirkan keadaan anak saya dan di mana dia tidur malam tadi (semalam).

"Hazim susah nak bergaul dengan orang dan sebelum ini dia lebih selesa berada di rumah serta jarang bermain di luar. Namun saya yakin dia keluar dari rumah kerana jiran sebelah memberitahu ada melihatnya bermain di halaman rumah sebelum waktu solat Jumaat," katanya.

Menurutnya, selepas beberapa jam gagal menemui anaknya, dia bersama suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Saya harap sesiapa menemui Hazim yang kali terakhir memakai baju-T kelabu dan jeans biru dapat menghubungi kami di talian 012-3400034 atau menyerahkannya ke balai polis berhampiran.

"Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya hilang. Kami hanya mampu berdoa dan meneruskan usaha mencari Hazim selain mengharapkan dia dalam keadaan selamat," katanya.


Artis paling cantik

Posted: 10 Mar 2012 08:57 PM PST

Bagaimana jadinya jika para artis cantik Hollywood seperti Natalie Portman, Scarlet Johansson, Taylor Swift, Anne Hathaway, Halle Berry, dan January Jones digabungkan ?

Kalau beberapa waktu lalu sempat beredar ilustrasi wanita tercantik di dunia yang merupakan penggabungan bibir Angelina Jolie, alis Megan Fox dan beberapa sumbangan anggota badan dari sejumlah artis, maka kini beredar versi baru yang lebih sempurna.  







Seperti dilporr dari Dailymail, kini berdasarkan data-data medik, majalah Marie Claire Australia telah mempublikasikan figur wanita tercantik yang lebih natural dari versi sebelumnya. Data diambil dari jumlah request operasi plastik yang banyak diinginkan konsumen.

Kali ini Maie Claire menggabungkan bibir Scarlett Johansson, hidung Natalie Portman dan rambut Taylor Swift. Selain itu, mata indah Anne Hathawaydan dagu Halle Berry yang dipadu dengan pipi January Jones, untuk menciptakan wanita cantik.



{ 0 comments... Views All / Send Comment! }

Post a Comment